Kilang SK Nexilis buka peluang pekerjaan kepada anak tempatan

Kilang SK Nexilis buka peluang pekerjaan kepada anak tempatan

HAJIJI Noor (dua kanan) bersama Joachim Gunsalam (kanan) semasa melawat kilang kerajang tembaga di KKIP, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kilang pembuatan kerajang tembaga, SK Nexilis yang dijangka siap akhir tahun depan akan memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan Sabah.

Daripada 400 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan oleh syarikat berasal dari Korea Selatan itu, 80 peratus pekerjanya akan diisi oleh anak-anak tempatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penyediaan peluang pekerjaan itu sejajar dengan polisi kerajaan negeri yang memerlukan syarikat asing mengambil 80 peratus tenaga kerja dalam kalangan penduduk tempatan di Sabah.

Beliau berkata, kerajaan mahu industri dan kilang yang akan dibangunkan oleh pelabur asing di Sabah memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Kilang kerajang tembaga itu sedang dibina di kawasan seluas 100 ekar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dengan pelaburan berjumlah RM4.2 bilion.

“Ini adalah antara projek inisiatif pelaburan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mula menampakkan hasil di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian.

“Setakat ini, kemajuan pencapaian projek itu adalah sebanyak 10 peratus. Pelaburan ini akan memberi impak yang positif kepada sosio ekonomi Sabah khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, logistik dan rantaian yang berkaitan,” katanya semasa lawatan kerja ke KKIP hari ini.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Projek pembangunan kilang tersebut ditandatangani menerusi Mememorandum Persefahaman (MoU) bersama KKIP Sdn Bhd pada 23 Mac tahun lalu dan pembinaannya bermula pada 28 Julai 2021.

Terdahulu Hajiji turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian sewaan (lease agreement) antara KKIP Sdn Bhd dan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bagi pembangunan kilang pembuatan kaca solar.

Pembangunan kilang itu membabitkan pelaburan berjumlah RM2 bilion yang merangkumi tiga komponen iaitu perlombongan pasir silica, pembinaan kilang pemprosesan pasir silica dan kilang pembuatan kaca ‘photovoltaic’.

SBH Kibing akan menyewa tanah seluas 130.4 ekar untuk tempoh 30 tahun bagi pembinaan kilang yang dijangka akan menawarkan 1,800 peluang pekerjaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya