Khianat kebakaran: Polis tahan dua lelaki tempatan 

Khianat kebakaran: Polis tahan dua lelaki tempatan 

BEH ENG LAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat perbuatan khianat kebakaran membabitkan 50 buah motosikal dan empat kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri dekat sini semalam. 

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Sentul di PPR tersebut. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek berusia 31 ditahan pada pukul 2.30 petang dan didapati positif methamphetamin. 

“Hasil penahanan lelaki itu, kita berjaya menahan lagi suspek berusia 39 tahun pada pukul 6.30 petang di lokasi sama.

“Kita sedang mendapatkan perintah reman bagi mengenal pasti motif kejadian kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kes disiasat Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Semalam, Utusan Online melaporkan kira-kira 50 buah motosikal yang diparkir di tempat meletak kenderaan di PPR Intan Baiduri, Kepong dilaporkan terbakar pada pukul 4.22 pagi. 

JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, seramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi.

Kesemua motosikal serta kereta terbabit didapati terbakar 100 peratus. 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan mangsa dilaporkan dalam kejadian ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN