kes positif turun

Kes positif Covid-19, kluster aktif terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 24,241 kes berbanding kelmarin, 27,004 kes sekali gus diatasi 26,615 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan sedikit peningkatan 383 kes berbanding kelmarin, 373 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 222 kes berbanding kelmarin, 225 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan tiga kluster berbanding kelmarin, sembilan kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,905 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 332 kluster berbanding kelmarin, 340 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,573 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 185 kes daripada 24,241 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 24,056 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 185 kes kategori tiga, empat dan lima, 60 kes atau 32.43 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;71 kes atau 38.38 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak; 54 kes atau 29.19 peratus telah menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 109 kes atau 58.92 peratus berumur 60 tahun dan ke atas; 84 kes atau 45.41 peratus mempunyai komorbid dan satu kes atau 0.54 peratus kes adalah kes ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 59 kes berbanding semalam, 86 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,244 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 13 daripada 59 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,176 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN