Kerajaan negeri nafi abai kebajikan penarik beca

Kerajaan negeri nafi abai kebajikan penarik beca

YEOH SOON HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan mengabaikan kebajikan para penarik beca di negeri ini seperti yang didakwa sekumpulan penarik beca serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kerajaan negeri telah menggandakan elaun bulanan daripada RM100 kepada RM200, selama enam bulan bermula Jun hingga Disember tahun lalu.

“Saya juga telah membuat syor kepada kerajaan negeri untuk meneruskan pembayaran tambahan RM100 sebulan kepada penjaja beca, berjumlah RM200,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Awal hari ini, sekumpulan penarik beca bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Urban Life Volunteer dan Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang mengadakan demontrasi aman di Komtar kerana mendakwa elaun mereka lewat dibayar dan dipotong oleh kerajaan negeri.

Menurut Soon Hin, pihaknya telah melancarkan dan menggerakkan banyak pakej bantuan bersama NGO yang berkaitan sejak berlakunya pandemik termasuk program vaksinasi, pemeriksaan kesihatan percuma, pembaharuan lesen dan banyak lagi.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang melalui George Town World Heritage Incorporated turut mengambil bahagian dalam projek membaiki dan menaik taraf beca di negeri ini.

“Program yang bermula pada Disember lalu itu telah menjalankan kerja-kerja pembaikan untuk 20 buah beca setakat Februari lalu manakala beca yang selebihnya akan dibaiki dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kerajaan berkaitan untuk menyediakan tempat perlindungan bagi kumpulan ini.

“Kami juga juga telah memulakan pembukaan akaun bank peribadi pada 2020 untuk mereka bagi memudahkan pemindahan elaun bulanan RM100 dan juga mengurangkan risiko penularan Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN