Kerajaan jamin bentang RUU Anti Lompat Parti 11 April ini

Kerajaan jamin bentang RUU Anti Lompat Parti 11 April ini

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada 11 April ini di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tarikh tersebut setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menentukan tarikh tetap untuk rang undang-undang itu dibentang.

Katanya, keputusan tersebut setelah beliau dengan Ismail Sabri bersetuju menggunakan kuasanya di bawah Perkara 11 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sebenarnya saya tidak dapat membuat pengumuman (anti lompat parti) melainkan Perdana Menteri kata beri pengumuman.

“Saya tadi ada sempat berbincang dengan Perdana Menteri dan (beliau) bersetuju sidang pada 11 April 2022 diadakan untuk dibahaskan RUU Anti Lompat Parti.

“Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang bahawa Perdana Menteri sudah memberi jaminan bahawa kita (kerajaan) akan membentangkan RUU ini dan biarlah ahli Parlimen membuat keputusan sendiri mahu sokong atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN