KUALA LUMPUR: Singkatan nama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini dikenali sebagai K-KOMM manakala menterinya akan dirujuk sebagai MENKOMM.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penjenamaan singkatan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap kementeriannya dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Beliau berkata, seramai 11 ahli Yang Berhormat membahaskan perkara-perkara berkaitan dengan Kementerian Komunikasi kementerian dan Multimedia Malaysia.
“Orang selalu tertukar dengan SKMM, itu suruhanjaya, jadi KKMM kini dikenali sebagai K-KOMM dan menterinya dikenali sebagai MENKOM.
“Ini untuk memudahkan sebutan dalam urusan supaya lebih jelas, selalu orang tertukar SKMM dengan KKMM sering bertukar. Jadi pertukaran singkatan ini akan jadi lebih jelas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian pada awal penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya. – UTUSAN