Kemenangan BN bukti rakyat mahu kestabilan, pembangunan - Najib

Kemenangan BN bukti rakyat mahu kestabilan, pembangunan – Najib

BARISAN kepimpinan BN bergambar selepas SPR mengumumkan parti itu memperoleh majoriti untuk membentuk Kerajaan Negeri Johor pada PRN Johor, semalam. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menunjukkan referendum rakyat yang mahukan kestabilan dan pembangunan. 

Beliau berkata, tiada kerajaan yang boleh meneruskan pentadbirannya tanpa majoriti yang jelas.

Justeru, beliau berkata, Johor menjadi kebangkitan semula dan pemangkin untuk pembangunan Malaysia.

“Saya yakin Johor bertambah baik, stabil dan makmur. Rakyat mahu kestabilan masa depan. Rakyat mahu kemakmuran dan pembangunan,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.

NAJIB TUN RAZAK

Dalam pada itu , Najib berkata, kempen parti lawan yang lebih banyak menyerang beliau secara peribadi   tanpa ada hala tuju pembangunan yang jelas antara faktor kekalahan.

“Berbeza pula dengan kempen parti-parti lawan.Yang peliknya, mereka asyik sebut Najib, Najib, Najib. Cameron Highlands? Modal kempen mereka lawan Najib. Semenyih? Najib. Rantau? Najib. Tanjung Piai? Najib Kimanis? Najib. Chini? Najib. Slim? Najib. Melaka? Najib.Johor? Najib.

“Tetapi langsung kita tidak dengar rancangan dan halatuju pembangunan mereka. Mungkin kerana mereka tahu mereka sudah tidak ada kredibiliti. Akhirnya, rakyat membuat penilaian. Rakyat pilih BN.Rakyat memilih kestabilan masa depan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN