Kekalkan reputasi askar wataniah

Kekalkan reputasi askar wataniah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) merasmikan Laman Ikhtiar Hidup R504AW di Kem Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  menyeru seluruh askar wataniah mengekalkan reputasi seterusnya merapatkan barisan sebagai benteng pertahanan negara.

Titah baginda, setiap anggota perlu merapatkan barisan sebagai benteng pertahanan negara dan memberi jasa bakti agar angkatan yang unggul itu dapat diwariskan kepada anak cucu akan datang. 

Dalam masa sama, titah baginda, usaha perlu terus dilipatgandakan mengenai pendaftaran ke dalam angkatan tersebut khususnya di negeri ini.

“Marilah kita bersama-sama mengekalkan reputasi askar wataniah ini,” titah baginda merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah sempena perasmian Laman Ikhtiar Hidup R504AW di Kem Bukit Keteri, di sini, hari ini.

Yang hadir sama Panglima Briged Ke-30 Infantri Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu.

Seterusnya titah baginda, dalam menghadapi pelbagai cabaran, janganlah jadikan alasan untuk berfikiran negatif. 

“Pemikiran minda perlu ditukar dengan memberi komitmen 100 peratus dan menganggapnya sebagai semangat dalam merealisasikan visi rejimen. 

“Oleh itu, buatlah persediaan rapi dalam menghadapi sebarang ancaman konflik serantau, polemik politik yang tidak stabil dan ancaman wabak yang tiada penghujungnya,” titah baginda.

Sementara itu, Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak memaklumkan, sebelum majlis perasmian tersebut turut diadakan Perbarisan Pelancaran Latihan Askar Wataniah 2022, Perbarisan Komander, Penyampaian Sijil Op Penawar dan juga Penyampaian Sijil Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS).

“Sesungguhnya keberangkatan Tuanku Raja Muda Perlis selaku komander memberi impak yang sungguh besar kepada seluruh warga rejimen dalam menjayakan aktiviti serta turut memberi suntikan moral dalam melaksanakan tugas dengan penuh jujur dan ikhlas demi negara tercinta,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya