Johor buka lembaran baharu - Tok Mat - Utusan Malaysia

Johor buka lembaran baharu – Tok Mat

MOHAMAD Hasan hadir di Dewan Perhubungan UMNO bagi menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menandakan Johor kini membuka lembaran baharu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kemenangan itu secara tidak langsung memastikan rakyat Johor akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Secara tidak rasmi kita telah mendapat tahu bahawa BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Terima kasih semua pimpinan, rakan-rakan kepimpinan parti komponen dan seluruh kepimpinan semua peringkat.

“Sebagai Pengarah pilihan raya saya menjalankan tugas bantu kita ambil semula kerajaan Johor daripada Pakatan Harapan yang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena kemenangan BN yang diumumkan melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu, BN bukan sekadar mempertahankan kerusi dimenangi mereka pada PRU14 lalu, malah berjaya merampas semula kerusi-kerusi lain termasuk Gambir, Parit Yaani dan Yong Peng dan Kota Iskandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya