Johor akan umum skim baharu bantu rakyat - Utusan Malaysia

Johor akan umum skim baharu bantu rakyat

ONN Hafiz Ghazi meneliti dokumen mengenai bantuan untuk Bangsa Johor dalam pertemuan bersama Majlis Agama Islam Johor. - FACEBOOK ONN HAFIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri dijangka memperkenalkan program bantuan yang bukan sahaja menyasarkan kumpulan B40, malah kelompok M40 semasa peralihan fasa pandemik kepada endemik Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan  Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) sebelum memanjangkan cadangan tersebut dengan agensi berkaitan tidak lama lagi.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, menjadi hasrat beliau dan barisan Exco untuk mengadakan satu Dasar Jaringan Keselamatan Sosial atau ‘Social Safety Net’ untuk Bangsa Johor.

“Mereka yang miskin dan daif perlu dibantu tidak kira agama mahupun bangsa. Selain daripada golongan B40, golongan M40 juga perlu dibantu dan diberi perhatian semasa tempoh peralihan daripada pandemik ke endemik.

“Insya-Allah, ada berita baik untuk Bangsa Johor dalam masa terdekat. Sama-sama kita doakan. Terima kasih saya ucapkan kepada MAINJ yang sudi berjumpa saya hari ini.

“Saya akan berjumpa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Perbincangan itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid, Mufti Johor,  Datuk Yahya Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Ismail Abu; Ahli Majlis MAINJ, Datuk Tahrir Shamsudin dan Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Ustaz Anuar Salimin.

Tambah Onn Hafiz, agenda pemerkasaan syariat Islam akan terus dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya