Jika tempoh kempen lanjut seminggu, PH boleh menang - Kit Siang - Utusan Malaysia

Jika tempoh kempen lanjut seminggu, PH boleh menang – Kit Siang

LIM Kit Siang (duduk, tengah) pada sidang akhbar di Hotel Le Grandeur, Senai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa sekiranya tempoh berkempen dilanjut seminggu lagi, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi sebaliknya dan tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Kit Siang berkata, dalam situasi berkenaan BN bukan sahaja tidak akan memiliki majoriti dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, malah mereka juga berkemungkinan tewas.

Pemimpin veteran DAP itu bagaimana tidak menjelaskan dengan terperinci dakwaan tersebut sebaliknya bertindak mengulangi kenyataan sama beberapa kali.

“Jika kita ada seminggu lagi tempoh berkempen, itu akan membawa perubahan besar kepada keputusan PRN Johor ini kerana momentum di peringkat akar umbi menunjukkan sedemikian.

“Jika ada seminggu lagi, kita yakin akan dapat mengekalkan kesemua kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu termasuklah empat yang tewas hari ini iaitu Bekok, Yong Peng, Paloh dan Pekan Nanas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Operasi Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Johor ini yang diadakan di Hotel Le Grandeur, Senai, di sini hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, parti komponen BN iaitu MCA sebaliknya perlu berasa malu kerana membawa pemimpin politik yang terpalit dengan isu rasuah iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Amat memalukan apabila MCA membawa masuk Najib ke dalam kawasan komuniti Cina, sedangkan mereka tahu dia seorang kleptokrat yang telah didapati bersalah dalam pelbagai kes rasuah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya