JOHOR BAHRU: Kemenangan demi kemenangan kerusi BN terutama kejutan dari MCA yang meraih beberapa kerusi, menjadikan pekarangan bangunan pejabat perhubungan UMNO negeri di sini bergema dengan teriakan ‘bubar, bubar, bubar (Parlimen)’.
Jeritan itu turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu sedang menuju ke satu lagi ruang masuk pejabat perhubungan itu pada pukul 10 malam ini. – UTUSAN