Jentera, penyokong Warisan jangan putus asa 

Jentera, penyokong Warisan jangan putus asa

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggesa jentera dan penyokong parti berkenaan supaya tidak berputus asa dengan keputusan dicapai mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, Warisan sebaliknya perlu menyusun semula strategi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Keputusan PRN Johor tidak seperti apa yang kita harapkan dan masa juga tidak menyebelahi kita, namun ini bukan masanya untuk kita berputus asa. Kini adalah masa untuk kita menyusun semula strategi dan mengorak langkah maju ke depan sebagai persediaan menghadapi PRU-15.

“Perjuangan kita ke arah Malaysia yang lebih baik mesti diteruskan. Pada tuhan kita yakin, berpadu kita mesti,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam PRN Johor semalam, Warisan tewas di kesemua enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi mereka antaranya di Pekan Nanas, Bekok, Johor Jaya dan Permas. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN