Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia permudahkan maklumat kepada rakyat

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia permudahkan maklumat kepada rakyat

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Johor di Dataran Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, hari ini. Hadir sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (kiri). - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan agensi kerajaan Persekutuan sama ada menerusi perkhidmatan kaunter bergerak disediakan pada program jelajah yang dijadualkan di negeri itu.

“Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini sangat penting dalam menguar-uarkan manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat secara turun padang ke seluruh negara,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Program jelajah itu diadakan susulan sambutan gemilang acara 100 Hari Keluarga Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur Convenction Centre (KLCC) sebelum ini dan kini diperluaskan jelajah di peringkat negeri dengan Johor menjadi negeri pertama.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan perkhidmatan kerajaan yang disediakan secara langsung kepada Keluarga Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya