Jawatan Ketua Jabatan Persekutuan Sabah telah diisi sepenuhnya 

[Parlimen] Jawatan Ketua Jabatan Persekutuan Sabah telah diisi sepenuhnya 

MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesemua perjawatan Ketua Jabatan di Jabatan Persekutuan Sabah telah diisi sepenuhnya menyaksikan sebanyak 109 perjawatan. 

Daripada jumlah perjawatan itu, sejumlah 49.5 peratus telah diisi oleh 54 orang Sabah, diikuti 53 orang Semenanjung (48.6 peratus) dan dua orang dari Sarawak. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, di Sarawak pula, sebanyak 109 perjawatan atau 93 peratus daripada 117 keseluruhan perjawatan Ketua Jabatan di Sarawak telah diisi. 

“Daripada jumlah 109 perjawatan ini pula, 64 peratus terdiri daripada anak Sarawak dengan 68 orang mengisinya, 35.7 peratus atau 39 orang Semenanjung dan dua orang Sabah,” katanya semasa sei pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Jugah Anak Muyang (Bebas) meminta menteri menyatakan jumlah pegawai di Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan Ketua Jabatan, Jabatan Persekutuan di kedua-dua wilayah berkenaan. 

Jugah turut meminta kerajaan menjelaskan perancangan Kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan pelaksanaan Borneonisasi selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

“Setelah Majlis Khas M63 ditubuhkan, cadangan mengenai pelaksanaan Borneonisasi pertama telah dibentang dalam Jawatankuasa Kerja di bawah Majlis iaitu Jawatankuasa Sosio Ekonomi (JKSE) pada 18 Februari 2022. 

“Dari segi rancangan, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai keutamaan pengambilan dan peningkatan penyertaan anak-anak muda dari Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya