Isu aplikasi Hijrah Diri: Jakim diarah rujuk SKMM - Utusan Malaysia

Isu aplikasi Hijrah Diri: Jakim diarah rujuk SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) diarahkan supaya mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan tindakan Google Play mengeluarkan aplikasi Hijrah Diri daripada platform berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau dimaklumkan bahawa aplikasi berkenaan sudah dikeluarkan daripada Google Play.

Beliau berkata, aplikasi dibangunkan Jakim itu bertujuan mengajak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBT) kembali kepada fitrah diri.

“Saya mengarahkan pihak Jakim supaya berhubung dengan pihak SKMM untuk penjelasan dan tindakan selanjutnya.

“Saya mohon doa semua umat Islam dan rakyat Malaysia, agar usaha kecil kami untuk mengajak manusia kembali kepada Allah S.W.T dipermudahkan,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Katanya, beliau menyifatkan tindakan Google Play itu sebagai sangat mendukacitakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri dinafikan oleh golongan tertentu.

Idris berkata, beliau mendapati banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti-peranti, yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda kini.

Hijrah Diri ialah sebuah aplikasi inisiatif Jakim bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk membantu golongan LGBTQ kembali kepada fitrah.

Aplikasi itu mengandungi e-book yang merujuk kepada pengalaman benar seorang gay yang berhijrah pada bulan Ramadan untuk meninggalkan perlakuan homoseksual.

Antara kandungan aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa dan zikir terpilih serta kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam serta tazkirah dalam bentuk audio.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.