Ini bukan masa bulan madu - Sultan Johor

Ini bukan masa bulan madu – Sultan Johor

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar bertemu dengan Exco baharu setelah selesai istiadat pelantikan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu bahawa tugas mereka sudah pun bermula dari saat mengangkat sumpah jawatan pada hari ini.

Sultan Ibrahim menegaskan, kesemua Exco perlu kekal fokus dalam melaksanakan janji-janji atau ikhtiar yang telah dibuat dalam kempen pilihan raya mengikut portfolio masing-masing dan sentiasa bertanggungjawab, jujur dan amanah.

Titah baginda, kepentingan negeri dan rakyat mesti sentiasa diutamakan dan Exco-Exco perlu bekerjasama dengan semua pihak.

“Jangan lupa anda juga adalah wakil rakyat di kawasan masing-masing. Rajin-rajinlah balik dan bertemu mereka, bukan hanya muncul masa kempen atau terlalu selesa di pejabat sahaja. Ini bukan lagi masa ‘berbulan madu’.

“Masa kempen kamu telah berjanji kepada mereka, sekarang inilah masa untuk tunaikan sebaiknya, bekerja dengan penuh dedikasi. Saya akan sentiasa memantau prestasi semua Exco-Exco.

“Semua Exco sudah diberikan portfolio masing-masing. Jalankan tugas anda dengan sebaiknya jika tidak mahu diganti oleh calon lain,” titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan melantik seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu.

Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor berlangsung di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya