JOHOR BAHRU: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin menegaskan ikrar yang dilaksanakan gabungan itu bukan satu ikrar yang suka-suka, tetapi merangkumi seluruh segmen masyarakat Johor.
Beliau berkata, ini kerana PN bersedia dengan satu kerangka dan hala tuju yang jelas sekiranya mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
“Kita mengambil kira segenap lapisan masyarakat, pendekatan holistik dan semua segmen masyarakat dan industri dalam memastikan ikrar ini sebuah ikrar betul-betul untuk ditunjukkan kepada rakyat Johor jika diberi mandat.
“Ini bukan suatu ikrar suka-suka yang dilaksanakan, tetapi sebuah ikrar mendalam satu persatu dan kita pastika ia seuatu yang realistik dan boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sesi Penerangan Aku janji Perikatan Nasional (PN) Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Hotel Renaissance di sini, hari ini.
Menurut Dr. Radzi, ikrar yang dirangka itu juga ada pendekatannya boleh terus dilakansakankan, ada secara dalam jangka masa seserhana dan ada dalam jangka masa panjang.
“Jika banding parti lain boleh semak, ikrar PN terbaik untuk bangsa Johor dalam memastikan mereka membuat pilihan yang tepat. Kami tak main-main dan bukannya suka-suka tapi kita fikrikan rakyat.
“Insya Allah kita yakin dengan satu kerangka pembangunan negeri yang jelas dan matap, rakyat Johor harus beri mandat pada PN 12 Mac nanti,” jelasnya.
PN menyedikan menyediakan ikrar berteraskan lapan tunjang utama, berpacukan 24 strategi dan berlandaskan 145 pendekatan.
Lapan tunjang itu merangkumi kepimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah, tumpuan kepada keutuhan ekonomi Johor serta tangani kos sara hidup.
Selain itu, keprihatinan kepada rakyat dan menjamin kesejahteraan sosial, meningkatkan kecekapan infrastruktur, kembali merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar. – UTUSAN