KLUANG: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan calon Barisan Nasional (BN) Kahang, R. Vidyananthan selamat menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Sekolah Agama Taman Sri Lambak di sini.
Turut menemani Menteri Pertahanan itu ialah isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.
Vidyananthan yang juga Exco kerajaan negeri berdepan saingan daripada calon Perikatan Nasional, Daud Yusof dan calon Pakatan Harapan, Rohani Banu Abd. Rahman Krishnan selain Rosdi Amir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Hishamuddin juga sempat beramah mesra dengan pengundi-pengundi lain dan turut beratur menunggu giliran di saluran dua yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Vidyananthan menang dengan meraih 10,768 undi mengalahkan calon PKR, Noorlihan Ariffin yang meraih 7,907 undi.
Vidyananthan menang dengan majoriti sebanyak 2,861 undi. – UTUSAN