Hanya 8.9 peratus bankrap sebab hutang kad kredit

Hanya 8.9 peratus bankrap sebab hutang kad kredit

MOHD. SHAHAR ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya 8.9 peratus kes kebankrapan dari 2017 hingga tahun lalu adalah disebabkan oleh hutang kad kredit berdasarkan statistik kebankrapan yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, jumlah kes kebankrapan disebabkan kad kredit juga menurun daripada lebih 1,000 kes pada 2017 kepada 438 kes pada tahun lepas.

“Bilangan ini hanya merangkumi 0.005 peratus, daripada jumlah pemegang kad kredit utama,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong berkenaan kadar kebankrapan dalam kalangan belia di Dewan Negara hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN