Hajiji sokong tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak

Hajiji sokong tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak

HAJIJI Noor (lima kanan) bersama barisan kepimpinan Ahli Majlis Tertinggi GRS di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyokong agar bilangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak ditambah menjadi satu pertiga.

Beliau berkata, Sabah dan Sarawak harus mendapat sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen sedia ada seperti yang termaktub semasa kedua-dua negeri itu menyertai pembentukan Malaysia.

“Ini antara yang dipersetujui untuk Wilayah Malaysia Timur mendapat kerusi Parlimen sekurang-kurangnya satu pertiga jadi, kita akan meneruskan usaha menuntut kerusi tambahan seperti yang dinyatakan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Maximus selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Sarawak membahas usul tambahan ahli Parlimen sebelum perkara itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Maximus berkata, dalam persidangan Parlimen semalam, beliau menyarankan DUN Sabah dan Sarawak perlu menyokong dan membahaskan tentang usul tambahan kerusi Parlimen agar isu tersebut boleh diperjuangkan.

Beliau bekata, jika dilihat pada 1963, bilangan kerusi bagi Sabah, Sarawak dan Singapura berjumlah 35 peratus. Namun, apabila Singapura keluar daripada Malaysia, 15 peratus kerusi yang dimiliki Singapura diambil oleh Malaya.

Maka, usaha untuk mengembalikan semula bilangan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak perlu dilakukan bagi memenuhi tuntutan Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini, Maximus berkata, cadangan menambah bilangan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak kepada satu pertiga telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Rakan Sekutu pada 8 Februari lalu.

Walau bagaimanapun, cadangan itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk penelitian selanjutnya.

“Saya cadangkan agar ahli Parlimen Sabah dan Sarawak membincangkan tuntutan ini secara terbuka dan teratur dan mengemukakan keputusan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan seterusnya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya