Graduan ikhtisas pendidikan dakwa dipinggirkan  - Utusan Malaysia

Graduan ikhtisas pendidikan dakwa dipinggirkan 

SEKUMPULAN graduan ikhtisas pendidikan hadir menyerahkan memorandum kepada KPM, di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Utamakan graduan ikhtisas pendidikan terlebih dahulu sebelum menawarkan penempatan guru kepada lepasan graduan lain. 

Itu desakan sekumpulan 13 graduan ikhtisas pendidikan yang hadir menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di sini pagi ini. 

Jurucakap kumpulan itu, Siti Khadijah Lufti berkata, mereka mendakwa hak mereka sebagai graduan lepasan pendidikan dipinggirkan menerusi sesi pengambilan guru secara one-off, baru-baru ini. 

Beliau berkata, pihaknya mendakwa berlaku ketidakadilan oleh badan pelantikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (KPM) berhubung sesi pengambilan itu. 

“Ketika ini, lambakan guru yang mempunyai ikhtisas di negara ini terlalu ramai dan masih belum diselesaikan malah, ada yang menunggu penempatan sejak 10 tahun lalu,” katanya. 

Katanya, menerusi sesi pengambilan one-off itu, seramai 79 orang graduan ikhtisas pendidikan `digagalkan’ oleh SPP hanya kerana mereka bergelar graduan akhir dan tidak dapat melengkapkan dokumen. 

Selain itu, Siti Khadijah berkata, pada sesi sama, hanya 100 orang graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) menerima tawaran penempatan sedangkan jumlah yang dipanggil temu duga seramai 1,000 orang. 

“Mereka (graduan PAKK) ini adalah guru berkualiti malah, mempunyai pengalaman mengajar di tadika, sekolah rendah, menengah dan peringkat kolej,” katanya. 

Justeru, katanya, pihaknya meminta supaya KPM menyelesaikan terlebih dahulu isu lambakan guru termasuk graduan ikhtisas pendidikan sebelum membuka peluang kepada calon yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan. 

“Kami juga mahu calon (graduan akhir) yang tidak melengkapkan dokumen dilantik semula kerana mereka ini tidak mendapat keputusan gagal selepas di temu duga. 

“KPM juga perlu menyelesaikan isu lambakan guru muzik selain memberi peluang kepada calon PAKK untuk ditempatkan di sekolah rendah,” katanya. 

Kumpulan itu turut mewujudkan ‘page’ di Facebook dikenali sebagai Hak Graduan Ikhtisas Pendidikan bagi membincangkan isu-isu berbangkit mengenai sesi pengambilan guru one-off baru-baru ini. 

Ketika ini, 561 graduan menyertai kumpulan itu terdiri daripada graduan PAKK, muzik dan sejarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya