Gembira bertemu warga Perlis yang mesra belaka - Ismail Sabri

Gembira bertemu warga Perlis yang mesra belaka – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob bersama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyampaikan Sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia selepas merasmikan Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kangar, malam tadi. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa gembira dapat bertemu warga Perlis dalam siri kedua Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula semalam. 

Menurut Ismail Sabri, beliau mengharapkan program tersebut dapat memberi manfaat kepada warga Perlis, selain beberapa manfaat dan program diumumkan semalam yang meliputi seluruh Keluarga Malaysia. 

Dalam acara ini (Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia) saya mengumumkan Skim Insurans Keluarga Malaysia untuk perlindungan sosial kepada golongan miskin tegar, Program Meningkatkan Taraf Hidup Golongan B40 dalam masyarakat pertanian agromakanan dan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) untuk manfaat pesawah.

“Program Duta Komuniti Keluarga Malaysia berkonsepkan kesukarelawan dilaksanakan bagi membudayakan kawalan kendiri sepanjang fasa peralihan ke endemik. Mulai 1 April, Kerajaan Thailand akan membuka pintu sempadan darat di Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam.

“Gembira dapat bertemu warga Perlis yang mesra belaka. Moga program Aspirasi Keluarga Malaysia ini beri manfaat besar untuk ahli Keluarga Malaysia di Perlis,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perlis 2022 yang diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra menjadi negeri kedua selepas Johor yang dilaksanakan awal bulan ini.

Aspirasi Keluarga Malaysia dirasmikan di ibu negara akhir tahun lepas, susulan itu kerajaan membuat keputusan untuk mengadakan siri jelajah di peringkat negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN