Gaji minimum: MTEM sedia kertas cadangan 

Gaji minimum: MTEM sedia kertas cadangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sedang menyediakan satu kertas dasar untuk dibentangkan kepada kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian menang-menang buat majikan dan pekerja berhubung isu gaji minimum.

MTEM dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka bimbang keadaan ekonomi negara terus terperangkap dalam situasi gaji, kebolehan dan kualiti rendah kerana mengambil pekerja tidak mahir dan banyak sekali gus menjadikan graduan di dalam negara menganggur serta tidak mendapat upah setimpal.

“Peningkatan gaji dan peningkatan pendapatan isi rumah mendorong kepada pemulihan dan peningkatan ekonomi apabila berkembangnya permintaan domestik.

“Lebih memburukkan keadaan apabila isu gaji dan pekerjaan ini lebih menghimpit kaum-kaum atau wilayah-wilayah tertentu sahaja, secara tidak langsung memberi kesan keharmonian dan kepercayaan dalam sebuah komuniti,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara.

Menurut MTEM, isu gaji minimum diperakui oleh Bank Negara Malaysia (BNM) apabila melaporkan pertumbuhan gaji pekerja di Malaysia terlalu rendah berbanding kadar pertumbuhan produktiviti mereka menunjukkan keuntungan syarikat tidak adil antara pekerja dan majikan.

“Sebarang bentuk kenaikan gaji pekerja hendaklah mampu memenuhi kehidupan wajar masyarakat,” katanya.

MTEM menjangkakan jika dibiarkan tanpa solusi, ekonomi berteraskan inovasi dan kemahiran akan terus gagal dicapai sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Singapore, dan Vietnam kadar upah tenaga mahir jauh lebih tinggi. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya