Fasiliti awam wajib pasang AED menjelang tahun 2025

Fasiliti awam wajib pasang AED menjelang tahun 2025

KHAIRY Jamaludin semasa Lawatan Kerja di St. John Ambulans Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini, - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua fasiliti awam perlu dilengkapi peranti defibrilator luaran automatik (AED) menjelang tahun 2025.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemasangan peranti dibawah projek AED dan Jaringan MyAED Komuniti itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta di bawah Kementerian Kesihatan hasil persetujuan jemaah menteri hari ini.

Katanya, peranti tersebut akan dipasang secara berperingkat dalam fasa pertama bermula tahun depan sehingga 2024 melibatkan kerjasama St John Ambulans Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).

“Apabila projek ini beroperasi kita akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memastikan seseorang mangsa serangan jantung mendapat bantuan Cardiopulmonary Resuscitation CPR oleh orang awam terlatih adalah lebih tinggi dan AED tersedia di tempat-tempat yang berpotensi diperlukan.

“Sebagai permulaan, 100 AED akan dipasangkan di kesemua 16 negeri dan wilayah Malaysia. Kita akan pastikan ianya digandakan dari masa ke semasa apabila sistem, jaringan dan komuniti kita semakin sedar, bersedia dan terlatih,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat PBSMM di sini hari ini.  –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN