e-Pemula: Pelajar  usia 18 -20 tahun bakal dapat RM150 - Utusan Malaysia

e-Pemula: Pelajar  usia 18 -20 tahun bakal dapat RM150

Pengangguran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beliau berusia 18 hingga 20 tahun dan berstatus pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) akan menerima wang RM150 menerusi program e-Pemula yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program itu yang merupakan skim transaksi tanpa tunai bakal memberi manfaat kepada lebih dua juta belia membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

“Program e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet golongan belia ini,” katanya pada Bengkel Pengurusan Kewangan My Money & Me sempena Global Money Week 2022 secara maya, di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat pelbagai dana serta pembiayaan disediakan khas untuk golongan belia melalui Bajet 2022.

“Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang usahawan muda, Pelan Pembiayaan Belia Usahawan sebanyak RM150 juta ditawarkan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri sejak 2019 bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan golongan belia.

“Bagi mencapai tahap kesejahteraan kewangan yang positif, anda perlu membiasakan diri dengan konsep kawalan diri.

“Kawalan diri akan membolehkan anda mengagihkan simpanan dan berjinak-jinak dengan dunia pelaburan serta menerajui pelan takaful dan insurans yang sedikit sebanyak dapat membantu memastikan tahap kesejahteraan kewangan,” katanya.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya