Dua  pangsapuri sambung bekalan air secara tidak sah  - Utusan Malaysia

Dua  pangsapuri sambung bekalan air secara tidak sah 

DUA tapak pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur dikenakan tindakan kerana melakukan sambungan bekalan air secara tidak sah. - Foto/SPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu dua tapak pembinaan pangsapuri di ibu negara  semalam selepas melakukan sambungan bekalan air secara tidak sah

SPAN menerusi kenyataan berkata, dua buah bangunan pangsapuri 53 tingkat itu melakukan sambungan bekalan air tanpa melalui meter yang sah. 

Syarikat pembinaan itu tidak memohon kebenaran sambungan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). 

Tindakan pemotongan bekalan air dilakukan serta merta dan pihak syarikat pembinaan yang bertanggungjawab diberikan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan akan berdepan tindakan perundangan

Jelas kenyataan itu, kes akan disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

Katanya, orang ramai dimohon memaklumkan kepada operator air masing-masing sekiranya mengesan kegiatan mencurigakan termasuk mencuri bekalan air bersih dan membuat penyambungan secara tidak sah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN