Dua mangsa dipercayai sepasang suami isteri ditemukan - Utusan Malaysia

Dua mangsa dipercayai sepasang suami isteri ditemukan

PASUKAN penyelamat menjalankan operasi dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang petang tadi berjaya ditemukan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, setakat ini, dua mangsa masing-masing wanita dan lelaki berjaya ditemukan pasukan penyelamat.

“Seorang lelaki berusia 84 tahun berjaya diselamatkan pada pukul 6.45 petang manakala seorang lagi mangsa wanita dipercayai isteri kepada mangsa pertama turut ditemukan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan bagi mencari lagi saki-baki mangsa,” katanya.

Terdahulu, dua buah rumah melibatkan lima mangsa tertimbus manakala 13 kediaman dan 10 kenderaan rosak dalam kejadian pukul 5.30 petang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN