Dividen LTAT tertinggi sejak 2018 - Utusan Malaysia

Dividen LTAT tertinggi sejak 2018

ISMAIL Sabri Yaakob (tiga kiri) menyerahkan replika kunci Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) Kem Segamat kepada penerima, Sarjan Narendran Balakrishnan (tiga, kanan) pada majlis pelancaran di Kem Segamat. Turut sama, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kanan) dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan agihan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2021 sebanyak 4.7 peratus.

Perdana Menteri berkata, kadar dividen itu merupakan nilai tertinggi dicatatkan sejak 2018.

“Tahun ini merupakan dividen yang tertinggi berbanding dengan tahun-tahun lepas selepas tahun 2018 sejak tampuk kepimpinan kerajaan bertukar tangan.

“LTAT juga mencatatkan peningkatan pendapatan kasar sebanyak 50.2 peratus kepada RM512.3 juta berbanding RM341.1 juta yang dicatatkan pada tahun 2020.

“Bayaran untuk dividen juga akan mula dibayar esok,” katanya kepda pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) Kem Segamat, di sini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan bersetuju membina fasa kedua Kem Segamat, di sini.

Katanya, pembinaan itu merangkumi fasiliti seperti pusat keselamatan angkatan tentera, blok pegawai dan blok kediaman.

“Proses perolehan sudah bermula dan akan dimuktamadkan pada tahun ini,” jelasnya.

Terdahulu, pembinaan RKMAT pelbagai kelas di Kem Segamat dirancang di atas tanah berkeluasan 20.125 ekar pada tahun 2018 melibatkan peruntukan sebanyak RM147.7 juta bagi menampung keperluan kediaman buat pegawai dan anggota lain-Lain pangkat.

Sebanyak 305 unit kediaman merangkumi 25 unit rumah Pegawai dan 280 unit bagi anggota lain-lain pangkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN