dana bantuan

Ditinggal suami, wanita rayu sumbangan RM45,000 untuk rawat anak

BAYI pramatang berusia dua minggu, Muhammad Mikael Abdullah dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang memerlukan sumbangan orang ramai sebanyak RM45,000 bagi merawat masalah tumbesaran paru-paru tidak lengkap yang dihidapinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itu nasib yang menimpa seorang ibu tunggal, Nurazani Ahmadon, 32, selepas ditinggalkan suaminya tidak lama selepas melahirkan anak.

Tambah mendukacitakan wanita itu, anaknya, Muhammad Mikael Abdullah yang dilahirkan pramatang kira-kira dua minggu lalu kini didiagnosis mengidap masalah tumbesaran paru-paru yang tidak lengkap.

Menurut doktor, Muhammad Mikael telah tertelan mekonium atau ‘najis’nya sendiri ketika berada dalam kandungan dan ketika ini, paru-paru bayi itu berada dalam keadaan kritikal kerana dijangkiti kuman.

Bayi yang lahir dengan berat 2.1 kilogram (kg) itu kini dirawat di unit penjagaan intensif untuk bayi (NICU) dan memerlukan sehingga RM50,000 untuk menampung kos rawatannya ketika ini.

Nurazani memberitahu, dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebagai jurujual di sebuah pasar raya, dia cuma mampu mengumpul RM5,000 dan memerlukan kira-kira RM45,000 lagi untuk mencukupkan kos rawatan anaknya itu.

Buntu dengan masalah itu, Nurazani kemudian menghubungi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare di sini bagi membantu mengumpul dana untuk Muhammad Mikael.

Dalam pada itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, selepas membuat beberapa pengesahan lanjut, pihaknya bersetuju membantu Nurazani mengutip dana daripada orang awam selain membantu menguruskan rawatan anaknya itu.

“Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad  di nombor 3193433435 atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui aplikasi One Hope Charity,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya