Cuti sekolah: Jurusolek tidak menang tangan

Cuti sekolah: Jurusolek tidak menang tangan

ROSNAWATI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas berdepan tempoh getir pandemik Covid-19 selama dua tahun, lebih 400 ahli Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia tidak perlu lagi melalui episod duka apabila kini tidak menang tangan menerima tempahan mengandam untuk majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan.

Persatuan Jurusolek Bummiputera Malaysia (MBMUAA), Rosnawati Salleh berkata, selepas berdepan tempoh getir pandemik Covid-19 selama dua tahun, lebih 400 ahli Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia tidak perlu lagi melalui episod duka apabila kini tidak menang tangan menerima tempahan mengandam untuk majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan.

Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA), Rosnawati Salleh berkata, sejak sektor ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi, perkhidmatan mereka yang kini mempunyai lebih 400 ahli semakin diperlukan apabila majlis perkahwinan dan majlis sosial juga dibenarkan.

Katanya, tahun 2022 menjadi titik mula buat jurusolek apabila pelbagai tempahan diterima tanpa mengira hari kerana memerlukan servis solekan.

Menurutnya, sepanjang cuti sekolah kali ini, ramai yang mengambil peluang dengan mengadakan majlis kahwin dan lain-lain hingga merancakkan kembali perkhidmatan mengandam.

“Walaupun, ada majlis yang terpaksa ditangguhkan disebabkan ada dalam kalangan pelanggan positif Covid-19, tetapi ia tidak mendatangkan kerugian kerana majlis itu boleh dibuat semula apabila pelanggan bersedia dan tidak perlu memulangkan deposit.

“Sebaliknya, jika jurusolek sendiri dijangkiti, tempahan mengandam terpaksa ditolak dan kebiasaanya jurusolek lain akan menjadi pengganti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Rosnawati turut menggesa setiap jurusolek mengikut prosedur operasi standard  (SOP) ditetapkan kerajaan selain membuat ujian kendiri walaupun ia bukan perkara yang wajib dilakukan.

“Kita mestilah memakai pelindung muka, sarung tangan, apron dan peralatan khusus, tidak berkongsi peralatan untuk setiap individu yang didandan atau disolek supaya kerja-kerja tata rias berjalan lancar.

“Sekiranya ada simptom, tugas mengandam harus dibatalkan serta-merta. Selain itu, pastikan jurusolek dan pelanggan sahaja berada di ruang solekan untuk elak kesesakkan dan meminimumkan kebarangkalian jangkitan.,” tegasnya. UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya