Cucu bekas MB antara pengundi muda tunai tanggungjawab - Utusan Malaysia

Cucu bekas MB antara pengundi muda tunai tanggungjawab

ALLEESYA (kanan) bersama bapanya, Nornekman Osman dan ahli keluarga lain selesai mengundi di SK Larkin 1, Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cucu kepada bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian turut teruja apabila dapat mengundi kali pertama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Alleesya Nornekman, 20, juga merupakan anak kepada calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nornekman Osman yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas.

“Saya teruja nak mengundi pagi ini sebab dari kecil lagi memang saya nak rasa macam mana dapat mengundi dan pilih wakil rakyat sendiri.

“Dari kecil juga saya selalu ikut arwah datuk yang bertanding setiap kali pilihan raya, saya tengok cara dia melayan rakyat,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Larkin 1, di sini.

Alleesya turut menasihatkan rakan sebayanya supaya membuat kajian dan membaca supaya dapat tahu isu semasa, sekali gus tidak ketinggalan mengenai politik di negara ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Johor Bahru itu turut mengajak mereka supaya keluar awal untuk mengundi.

“Kita kena ada semangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya yang bakal menyambung pelajaran di Universiti Cambrige, United Kingdom dalam bidang perubatan pada Ogos depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN