kes Covid-19 turun

Covid-19: Kes ICU, perlu bantuan pernafasan terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 27,004 kes positif berbanding kelmarin, 28,298 kes sekali gus diatasi 29,450 kes sembuh. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan sedikit penurunan 373 kes berbanding kelmarin, 374 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 225 kes berbanding kelmarin, 233 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan sembilan kluster berbanding kelmarin, enam kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,902 kluster. 

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 340 kluster berbanding kelmarin, 346 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,562 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, sebanyak 199 kes daripada 27,004 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 26,805 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 199 kes kategori tiga, empat dan lima, 51 kes atau 25.63 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;82 kes atau 41.21 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 66 kes atau 33.17 peratus telah menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 95 kes atau 47.74 peratus berumur 60 tahun dan ke atas dan 105 kes atau 52.76 peratus mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 86 kes berbanding semalam, 29 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,185 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 35 daripada 86 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,163 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN