Ceramah PRN Johor boleh sampai 12 tengah malam - Utusan Malaysia

Ceramah PRN Johor boleh sampai 12 tengah malam

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Waktu ceramah melibatkan kempen parti politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianjakkan dua jam sehingga pukul 12 tengah malam berbanding perlu ditamatkan pada pukul 10 malam, sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, ceramah, syarahan atau kempen itu juga dibenarkan diadakan di dalam dan di pekarangan pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi.

Menurut SPR, jumlah kehadiran pula tidak melebihi 100 orang atau 50 peratus kapasiti ruang mengikut mana yang terendah, bagi memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain dan memakai pelitup muka.

“Jumlah tersebut termasuk penganjur, urusetia, penceramah dan peserta. Ceramah atau syarahan di premis yang terbuka atau tempat umum adalah tidak dibenarkan,” kata SPR dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah SPR, pindaan dan tambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Coivd-19 bagi pelaksanaan PRN Johor itu akan berkuat kuasa serta-merta.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan pencegahan Covid-19 tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

“Makluman berkenaan pindaan dan tambahan SOP pencegahan Covid-19 boleh dirujuk melalui portal spr.gov.my.,” katanya.

Sebelum ini, semua ceramah yang dibenarkan di bilik gerakan parti hanya boleh dilaksanakan selama dua jam sehingga pukul 10 malam.

Pelbagai pihak terutama calon dan parti politik yang bertanding menggesa ia dianjakkan sehingga ke pukul 12 tengah malam bagi memberi ruang kepada mereka untuk berkempen sehingga 11.59 malam, 11 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya