Calon DUN Paloh

‘Pakatan Harapan turun, harga sawit naik’

Lee Ting Han berjumpa para pengundinya di Paloh, Johor, semalam. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
PERTAMA kali bertanding pilihan raya, apatah lagi bertembung dengan calon yang ada nama daripada DAP, tidak membimbangkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Paloh, LEE TING HAN.

Tekadnya mahu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu daripada penyandangnya, Sheikh Umar Bagharib Ali daripada Pakatan Harapan (PH).

Peguam berumur 32 tahun menyuarakan keyakinan itu kepada wartawan Utusan Malaysia, JUANI MUNIR ABU BAKAR dekat Sembrong, semalam.

LIMA SOALAN?

Tak gentarkah bertembung dengan penyandang kerusi yang lebih dikenali?

Bimbang tetap ada supaya saya tidak terlalu selesa. BN perlu terus berusaha menarik sokongan agar pengundi memangkah lambang dacing 12 Mac ini meskipun penyandang hanya menang tipis 783 undi.

Apatah lagi kebanyakan pengundi sudah serik ketika pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan. PH hanya pandai berjanji, tetapi gagal laksana ama­nah dengan baik.

Mengapa kata begitu?
Contohnya, hampir keba­nyakan penduduk Paloh bekerja di ladang sawit dan bergantung sepenuhnya kepada sektor itu untuk meraih hasil pendapatan.

Namun sejurus PH memerintah, harga sawit merudum pada paras RM400 satu tan kerana kegagalan kerajaan ketika itu menguruskan isu boikot sawit. PH gagal menjalinkan kerjasama luar negara untuk eksport sawit.

Akibatnya pendapatan penduduk merosot. Namun selepas kerajaan PH tumbang, harga sawit naik ke RM1,000 satu tan.

Ini apabila menteri luar ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Ahli Parlimen BN Sembrong berjaya memeterai persefahaman dengan negara lain untuk mengeksport sawit.

Anda yakin kerusi Paloh dikembalikan?

BN mampu menang kerusi Paloh. Pengundi selesa dengan gaya kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad yang tidak pernah beretorik jalan tanggungjawab.

Ini dibuktikan menerusi pakej bantuan dan belanjawan negeri merangkumi semua rakyat walaupun Johor terkesan akibat Covid-19.

Kestabilan motto BN di Johor, mengapa?
Malaysia kini tertinggal jauh selepas PH ambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018. Walaupun BN menjadi kerajaan semula, majoriti DUN Johor amat tipis.

Jadi, kita perlukan mandat besar agar Johor kembali menjadi destinasi pelaburan utama seperti sebelum PRU14.

Fokus anda jika dipilih ADUN Paloh?
Dua perkara iaitu pekerjaan dan perumahan. Ini dua isu utama perlu ditangani segera.

Kita perlu kurangkan pergantungan kepada Singapura untuk orang kita  ke sana bekerja, sedangkan boleh buka lebih banyak industri di sini

Selain itu, saya mahu selesaikan isu perumahan generasi kedua Felda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×