Bomba bantu OKU lembam jatuh lumpur - Utusan Malaysia

Bomba bantu OKU lembam jatuh lumpur

PASUKAN penyelamat mengusung lelaki OKU kategori lembam yang terjatuh ke dalam lumpur di Kampung Teladas, Air Putih, di Kemaman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam berdepan detik cemas selepas terjatuh dan terperangkap dalam lumpur di Kampung Teladas, Air Putih, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa yang berusia 44 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, mangsa terperangkap dalam lumpur sedalam 0.5 meter.

“Bomba dengan bantuan polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azman berkata, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian dibawa keluar menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN