Jangan sia-siakan peluang ubah masa depan Johor - Utusan Malaysia

Jangan sia-siakan peluang ubah masa depan Johor

BUNG Moktar Radin (kiri) bersama Najib Tun Razak (dua kanan) semasa perjumpaan bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Puteh, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengundi di negeri ini diingatkan agar menggunakan kuasa untuk memilih dengan mengundi kerajaan yang boleh membela nasib rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, rakyat Johor harus keluar mengundi dengan memanfaatkan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih kerajaan yang baik dan mampu membela nasib rakyat pada masa hadapan.

“Jangan sia-siakan peluang yang ada kerana PRN ini akan mengubah masa hadapan Johor ke arah yang lebih baik. 

“Apabila kita ada peluang, ambil peluang itu dan guna kebijaksanaan untuk memilih parti yang baik. Saya mencadangkan dan mengesyorkan untuk memilih kami, BN dan UMNO yang bersedia menggalas amanah dan tugas baik untuk memimpin negeri ini dengan sebaiknya.

“Pada PRN kali ini jangan lagi kita tersesat di jalan yang terang, BN selama ini telah terbukti sebagai sebuah parti yang mampu mentadbir negara dengan baik,” katanya semasa perjumpaan bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Puteh semalam.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya