BN mendahului undi di 34 DUN setakat 7.20 malam - Utusan Malaysia

BN mendahului undi di 34 DUN setakat 7.20 malam

PRN Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Setakat pukul 7.20 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mendahului di sekurang-kurangnya 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengiraan undi masih berjalan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memaklumkan BN menyapu bersih undi awal tentera.

Memasuki maghrib ketika ini, rata-rata pemimpin Barisan Nasional termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah berkumpul di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini bagi menanti keputusan rasmi Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Turut kelihatan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya