Bersatu sebar propaganda murahan - Ahmad Zahid

Bersatu sebar propaganda murahan – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa kononnya Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Johor hanya propaganda murahan bagi menutup kegagalan parti itu sendiri.

Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Hasni Mohamad masih dikekalkan sebagai calon menteri besar negeri itu sekiranya BN menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Katanya, dakwaan Wan Saiful itu hanya dibuat selepas ketiadaan calon menteri besar yang layak dari Perikatan Nasional (PN) khususnya Bersatu menyebabkan parti itu dilihat terus menerus ‘menyibuk’ dan mencampuri urusan BN.

“Barang kali Wan Saiful adalah ‘fan boy’ yang bermimpikan Mohd. Fuad menjadi Menteri Besar Johor. Perkara tersebut jelas menggambarkan bahawa BN tidak ketandusan calon terbaik dan mampu menerajui negeri ini. 

“Saranan saya, adalah lebih baik untuk Wan Saiful memberi fokus kepada presiden partinya, yang telah tidak semena-mena menjadi poster boy sekalipun tidak bertanding susulan prestasi buruk kerajaan gagalnya di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, Wan Saiful perlu memberi fokus kepada Presiden Partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak semena-mena menjadi poster boy sekali pun tidak bertanding dalam PRN Johor ini.

“Percayalah, pendekatan membanjiri Johor dengan slogan ‘Abah Prihatin’ bukan sahaja akan mengulangi kegagalan PN dalam PRN Melaka, tetapi sangat tidak bersandarkan realiti bahawa rakyat Johor sudah muak dan mual dengan sosok pemimpin tersebut.

“Saya harap berhentilah mengulangi kegagalan kepemimpinannya di Putrajaya dan tewas di Melaka tapi mengangkat diri pula dengan menawarkan dirinya sebagai penasihat ekonomi Johor,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN