Berebut dadah, pekebun berdepan tali gantung bunuh kembar - Utusan Malaysia

Berebut dadah, pekebun berdepan tali gantung bunuh kembar

B. VELUKUMAR dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Langat, Selangor hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian kembarnya pada 11 Mac lalu di Kampung Bukit Cheeding.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Tindakan seorang lelaki yang juga pekerja kebun tergamak membunuh kembarnya pada 11 Mac lalu berdepan hukuman gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh, B. Velukumar, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa membunuh adik kembarnya, Velakumar, 37, di tepi jalan Sri Cheeding, Kampung Bukit Cheeding, Banting di sini antara pukul 4 hingga 5 petang, dua minggu lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Mei depan.

Pada 12 Mac lalu, angkara dadah membuatkan seorang lelaki dilaporkan hilang pertimbangan apabila membunuh kembarnya sendiri yang enggan berkongsi syabu di rumah sewa mereka di Kampung Seri Cheeding di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh sebelum ini memaklumkan, hasil siasatan mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan kembar itu selepas mangsa tidak mahu berkongsi dadah jenis syabu.

“Suspek menikam adik kembarnya menggunakan sebilah pisau,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya