Bayi perempuan 24 hari meninggal dunia selepas menyusu

Bayi perempuan 24 hari meninggal dunia selepas menyusu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang bayi perempuan berusia 24 hari meninggal dunia dipercayai selepas diberikan susu oleh ibunya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, berdasarkan laporan awal, kira-kira pukul 12.39 tengah hari, ibu bayi berkenaan berusia 40 tahun menyusukan bayi itu yang merupakan anak keenamnya.

“Bayi itu yang tidur diletakkan di atas kereta sorong bayi di ruang tengah rumah. Setengah jam kemudian semasa kakak kepada bayi perempuan berkenaan ingin membetulkan bedung, dia mendapati adiknya dalam keadaan tidak bertindak balas. 

“Si ibu membawa bayi berkenaan ke Unit Kecemasan Hospital Rembau. Doktor bertugas mendapati tiada nadi dikesan dan badannya keadaan sejuk.  Bantuan pernafasan telah diberikan, namun bayi tersebut tiada tindak balas dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Hazri berkata, polis telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 5.09 petang semalam.

Menurutnya lagi, hasil siasatan lanjut yang dijalankan, doktor memaklumkan semasa kelahiran bayi tersebut di Hospital Rembau adalah dalam keadaan sempurna. Bagaimanapun, wajah bayi berkenaan ada menunjukkan tanda sindrom down. 

“Doktor menyatakan pemeriksaan susulan dilakukan apabila bayi itu berusia sebulan. Punca kematian akan diketahui selepas keputusan bedah siasat dilakukan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN