Bantuan one-off anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 disegerakan - Utusan Malaysia

Bantuan one-off anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 disegerakan

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan ketika majlis penyampaian Sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Bilik Kuala Lumpur Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bantuan one-off kepada anak-anak yatim ekoran kematian ibu bapa akibat virus Covid-19 akan disegerakan kerajaan melalui Yayasan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara agar disalurkan sebelum sesi persekolahan dan pengajian universiti bermula.

“Saya sudah beritahu KSN tadi, kita tak tunggu untuk ke negeri-negeri. Kita akan bayar terus segala sumbangan untuk meringankan beban mereka, terutama sesi persekolahan yang akan bermula, sesi pengajian tinggi mungkin akan atau sedang bermula.

“Jadi mana-mana perlu mendapatkan bantuan daripada Yayasan Keluarga Malaysia, kita akan segera selesaikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setakat ini ada kira-kira 1,600 anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa, atau kedua-duanya akibat Covid-19.

“Selain itu, ada juga anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kes lain seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya, juga akan menerima bantuan daripada Yayasan Keluarga Malaysia,” katanya.

Katanya, bantuan secara one-off itu antara lain bagi menampung kos pembelajaran serta pengajian sehingga ke peringkat universiti.

Beliau berkata, bantuan itu adalah lanjutan daripada siri bantuan yang sudah diberikan kerajaan sebelum ini, dalam usaha membantu meringankan beban mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN