Banjir kilat di sekitar ibu negara - Utusan Malaysia

Banjir kilat di sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat yang turun sekitar Kuala Lumpur sejak pukul 4.30 petang tadi telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa lokasi.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, susulan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur menjalankan kawalan lalu lintas di beberapa lokasi yang terjejas.

“Antaranya, Jalan Barat dari arah pusat bandar menghala bulatan Kampung Pandan berhampiran Terowong SMART, Jalan Tun Razak berhampiran Menara JCORP.

“Turut terjejas, Bulatan Kampung Pandan menghala ke Bukit Bintang, Jalan Cochrane di hadapan pusat beli-belah My Town, Jalan Perkasa menghala bulatan Kampung Pandan berhampiran Stesen Minyak Shell dan Jalan Cheras menghala Pudu hulu,” katanya melalui laman Facebook di sini hari ini.

Tambahnya, pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut arahan oleh anggota trafik yang bertugas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN