Anggota penguat kuasa, nelayan didakwa edar 5.3kg dadah

Anggota penguat kuasa, nelayan didakwa edar 5.3kg dadah

AHMAD Fadhil Ghazali (kanan) dan Mohamad Firdauz Ishak didakwa mengedar dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang anggota penguat kuasa dan rakannya yang juga seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan mengedar dadah seberat 5.3 kilogram, 6 Mac lalu.

Tertuduh, Ahmad Fadhil Ghazali, 34, dan Mohamad Firdauz Ishak, 29, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, R. Salini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Fadhil dan Mohamad Firdauz didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 5,377.32 gram di Forest City, Iskandar Puteri pada pukul 9 malam, 6 Mac lalu.

Atas perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta disebat tidak kurang 15 sebatan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Mei ini untuk menunggu keputusan laporan kimia. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh itu adalah antara ahli sindiket pengedaran dadah yang ditumpaskan polis pada 15 Mac lalu, melibatkan penahanan sembilan penguat kuasa dalam serbuan berasingan di sekitar Johor dan Putrajaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, modus operandi sindiket itu adalah menjual 50kg dadah jenis syabu yang dirampas dalam operasi di perairan Selat Melaka yang cuba diseludup oleh sindiket bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya