Air percuma macam Selangor, Noh bidas janji PN

Air percuma macam Selangor, Noh bidas janji PN

NOH Omar (tengah) menyampaikan beg sekolah ketika Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Yayasan Bank Rakyat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tawaran air percuma yang terkandung dalam Ikrar Perikatan Nasional (PN) dilihat hanya sekadar untuk pancing undi rakyat Johor semata-mata seperti mana yang pernah berlaku di negeri Selangor.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kempen air percuma dilakukan itu meniru Selangor di bawah kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mana sehingga kini tiada lagi.

“Kempen air percuma macam di Selangor nak ikut macam janji di Selangor. Dahulu Khalid Ibrahim nak bagi air percuma sekarang tanya orang Selangor ada lagi tak? 

“Ini semua pancing undi bila dapat esok ramai yang tak dapat. Bagi isu generasi kedua Felda pula kita sendiri sudah ada perancangan. Kalau kerajaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tak payah janji-janji kalau hendak buat dari dahulu sudah buat. 

“Dahulu dah jadi Perdana Menteri, Menteri Besar dua kali kenapa sekarang baru nak buat. Kita harap rakyat Johor jangan terpengaruh lebih-lebih lagi yang buat janji itu Bersatu, kenapa tak laksanakan masa perintah, kalau nak buat dari dulu dah buat bukan sekarang baru nak buat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir Majlis Penyerahan Bantuan Sekolah Yayasan Bank Rakyat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Felda Bukit Easter hari ini.

Turut hadir, Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

Terdahulu PN membuat tawaran air percuma sebanyak 20 meter padu kepada isi rumah berpendapatan rendah di Johor sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Noh berkata, rakyat Johor jangan mudah percaya dengan manifesto yang ditawarkan kerana pada akhirnya apabila parti berkenaan tidak dapat melaksanakan mereka akan memberi alasan manifesto bukan kitab suci. 

“Cukup-cukuplah, sudah diberi ruang dan peluang pimpin negara dan negeri nampaknya tak boleh jalan. Bila tak boleh ke depan, u-turn beri peluang kembali kepada yang asal.

“Begitu juga dengan pemimpin parti Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia), Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) sejak beliau menjadi menteri kita lihat perkembangan belia sudah tidak hebat macam dahulu.

“Tak nampak apa dia buat apa yang boleh dibanggakan waktu dia jadi menteri. Waktu ada kuasa tak reti nak guna bila tak ada kuasa macam-macam yang nak dibuat,” tegas Noh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya