Agong cemar duli lawat DSA 

Agong cemar duli lawat DSA 

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat tapak pameran DSA danNATSEC Asia 2022 di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli  melawat Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022, hari ini.

Ketibaan Seri Paduka disambut  Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka berkenan melihat aset pertahanan yang ditempatkan di  ruang pameran yang terletak di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mendengar penerangan disampaikan oleh pempamer di pameran berkenaan.

Dijangka 25,000 pengunjung dari lebih 50 negara mengambil bahagian dalam pameran yang bermula esok sehingga 31 Mac nanti.

Selain itu, kira-kira 4,800 pelawat antarabangsa yang terdiri daripada pakar, pempamer, perwakilan, pegawai kerajaan dan pemain industri dijangka turut terlibat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN