sokong

Agensi pelancongan sambut baik pembukaan sempadan

AHMAD MAHADZIR SHAFFIRIN MD. SOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Agensi pelancongan menyambut baik pengumuman Kerajaan yang bakal membuka sempadan negara bermula 1 April ini.

Menurut Pengarah Eksekutif KSB Travel & Tours Sdn. Bhd. Desa Pandan Kuala Lumpur, Ahmad Mahadzir Shaffirin Md. Som, pembukaan sempadan banyak memberi manfaat kepada sektor ekonomi, terutama industri pelancongan yang begitu lama menyepi.

“Pemansuhan My Travel Pass adalah satu langkah bijak. Ini memudahkan lebih ramai pelancong tempatan dan luar pergi dan datang melancong.

“Walaubagaipun adalah wajar bagi pihak kementerian memberi garis panduan yang jelas untuk para pengiat industri menguar-uarkan tentang bagaimana Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk industri pelancongan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Mahadzir Shaffirin berkata, SOP negara perlu bersifat sangat fleksibel bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

Katanya lagi, pihaknya amat mengalu-alukan sekiranya Tourism Malaysia membuat promosi secara global sebagai contoh mengadakan kempen Malaysia Hospitality Is Open Now.

“Cuma perkara tersebut perlu diseimbangkan dengan kesedaran pelancong dalam dan luar negara untuk menjaga SOP kerana ancaman Covid-19 masih berleluasa.

“Kelonggaran yang diberikan untuk merentas sempadan bukanlah tiket untuk kita mengabaikan SOP yang telah ditetapkan hingga mengabaikan keselamatan diri dan orang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN