80 orang terjejas banjir kilat di Taman Seri Kenaboi, Jelebu - Utusan Malaysia

80 orang terjejas banjir kilat di Taman Seri Kenaboi, Jelebu

ANGGOTA bomba dan beberapa agensi lain membantu memindahkan mangsa yang terjejas banjir kilat di Taman Seri Kenaboi, Titi Jelebu petang tadi.- GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seramai 80 orang melibatkan 50 buah rumah di Taman Seri Kenaboi Titi di sini terpaksa dipindahkan ke tempat lebih tinggi selepas kawasan tersebut dilanda banjir kilat petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd. Fazzil Mohd. Yunus berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.39 petang dan tiba di lokasi kejadian lima kemudian.

“Tindakan bomba adalah dengan membantu mangsa untuk keluar ke tempat lebih tinggi. Seramai 80 orang mangsa melibatkan 50 buah rumah di Taman Seri Kenaboi dipindahkan segera susulan banjir kilat akibat limpahan air dari longkang berhampiran.

“Bagaimanapun, pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibuka kerana penduduk balik ke rumah selepas air surut. Pada pukul 7.15 malam tadi, mangsa telah mula beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan setelah melihat keadaan terkawal dan air mulai surut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN