40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir

40 spesies baharu burung ditemukan di Tasik Kenyir

PESERTA program KBNQ 2022 melihat 40 spesies baharu burung di Bukit Lawit, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Peminat burung bakal menikmati lebih keseronokan apabila 40 lagi spesies baharu ditemukan di Tasik Kenyir. 

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, penambahan itu sekali gus menjadikan keseluruhan burung di sekitar tasik buatan manusia terbesar Asia itu kini mencecah 336 spesies. 

Katanya, antaranya ialah burung botak kecil, bangau kendi, puchong seriap, bangau paya, helang hitam, puyuh tanah dan layang-layang besar.

“Bukit Lawit di Tasik Kenyir tersenarai antara 125 lokasi terbaik bagi aktiviti melihat burung di Asia Tenggara berdasarkan pengiktirafan oleh The Lonely Planet.

“Istimewanya, kita turut memiliki sembilan spesies enggang termasuk yang terancam iaitu tebang mentua atau helmeted hornbill,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Kenyir Bird & Nature Quest (KBNQ) 2022 di sini, semalam. 

Program yang dirintis sejak 2013 di Tasik Kenyir itu memberi peluang kepada pelancong mencuba pengalaman berbeza memerhati burung selain aktiviti memancing dan menginap di rumah bot. 

Menurut Razali, visi program KBNQ adalah untuk memperkenal Tasik Kenyir sebagai destinasi utama ekopelancongan di Terengganu terutama bagi aktiviti melihat burung.

Katanya, jumlah spesies burung di tasik berkenaan diharap dapat terus bertambah pada tahun depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya