33 kes khalwat selepas Kelantan masuk Fasa 4 PPN - Utusan Malaysia

33 kes khalwat selepas Kelantan masuk Fasa 4 PPN

DR. HASNAN RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 70 kes jenayah syariah direkodkan di negeri ini bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, iaitu selepas Kelantan memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Januari lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Dr. Hasnan Ramli berkata, kes khalwat dilaporkan paling banyak berlaku berbanding kes lain, iaitu sebanyak 33 kes.

Sementara itu katanya, kelakuan tidak sopan sebanyak 22 kes diikuti musahaqah atau lesbian (lima kes), hamil luar nikah (lima kes), sihir (dua kes), lelaki pondan (satu kes), muqaddimah zina (satu kes) dan mendedahkan aurat (satu kes).

“Kes ini dikesan berdasarkan laporan dibuat kepada Jaheaik dan semua kes ada yang masih dalam siasatan dan ada juga dalam pendakwaan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Dr. Hasnan berkata, kes sihir kini diambil kira sebagai jenayah syariah dan disiasat Jaheaik selepas pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan mendapat perkenan Sultan Kelantan dan dikuatkuasakan sejan November lalu.

“Pelaksanaan terhadap pindaan itu membolehkan pihak kita melakukan siasatan terhadap sebarang aduan berkait dengan amalan sihir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN